June 10, 2011

Mencaci bukan memuji tetapi menguji .

Melahirkan sesuatu perasaan sayang selain kepada ahli keluarga sangatlah magik.
Dan bila beranggapan sesuatu yang indah itu hanya mampu datang dari luar keluarga , memang lah menyesatkan .soal kasih bukan hanya termaktub hubungan antara lelaki dan perempuan , kekasih . Apabila sesuatu hubungan itu perlu dilabel , dengan tujuan menghargai pihak secara kesinambungan. Tanpa sedar menyatakan kita dimiliki atau bagi sesetengah orang memiliki . Sedangkan orang itu yang biasanya memperihalkan hak diri , kini tanpa segan silu , tanpa rujuk akal , awak telah dimiliki. Ada yang memandang sebagai bodoh , hipokrit . Tetapi soal hipokrit tak layak dibincangkan manusia . Bertindak mengikut tekanan , atau bagi yang luas kosakata nya , mengikut peradaran masa . Mengapa senang untuk mengatakan aku tidak hipokrit , kalau hidup memang tak tengok cermin inilah jadinya . Atau dengan kata yang lebih manis selami jiwa dan hati budi sendiri . Adakah ikhlas itu dikira ikhlas atau sekadar salah satu perkataan yang baik2. Ikhlas bermula dari paksaan ?atau paksaan lalu ikhlas ? Mana satu yang datang dahulu ? Memaksa adalah semudah tuturnya, pada dasarnya di maniskan dengan perkataan tolong ataupun yang lebih klasik kita mungkin terbiasa guna bolehkah ? Pada zaman yang serba moden ini jarang benar di sorok perlakuan ikhlas . Bukan lagi dianggap sebagai bahan bukti di akhirat tetapi juga untuk menaikkan darjat duniawi. Bagi yang negatif orangnya lancang lidah menuturkan benci pada segelintir golongan yang menghebohkan berita keikhlasannya atau mungkin dihebohkan. Kekadang terfikir hebat benar si polan yang membenci , kerana luarbiasa bagi menilai keikhlasan seseorang. Rambut hitam lain hati hitam lain . Berasaskan apa aku menulis ? bukan lah ilmiah jika dianggap merepek. Kalau kaca di dalam permata sudah tentu dikata gila. Tapi mana kau tahu bezanya itu andai engkau bukan jauhari . Beranggapan ilmu seluas lautan tetapi baldi mencedok kelihatan hina, apa benar semua ilmunya sia- sia ? Dilihat pada cermin hodohnya dia , dilhat pada matahari panasnya menikam , dilihat pada bulan yang berkawah-kawah. Mampu membenci belum pasti mampu melepaskan pergi. Cela bukan untuk tatapan dunia, dunia cuba menghukum tetapi andai semuanya dalam hati , itu tanggungjawab sendiri. Kamu yang mendengar seakan mengasihani dari riaknya, tetapi hatinya? Biar tak tersurat kerana masanya belum tiba. Biar ada yang terlewat kerna mungkin itu hikmahnya .







Dilihat pada dinding yang penuh contengan , lalu berkata , dahulu lesu ku lihat dinding ini , kini terasa ingin ku cemuh segala yg terlekat di sini . 

No comments:

Post a Comment